Lembaga
ADAT Naning

Lembaga Adat

Kewujudan Lembaga Adat Perpatih Naning

Ketiga-tiga perut (Ibu) Nan Bergajah Tunggal telah sepakat memilih putera di kalangan mereka untuk diangkat menjadi Dato’ Penghulu Naning (Undang Naning). Maka satu jawatankuasa ketika itu diwujudkan iaitu Pembesar Waris . Seandainya Dato’ Penghulu Naning mangkat maka akan dilantik pula dikalangan putera ibu yang lain seterusnya akan berterusan mengikut giliran. Dato’ Penghulu Naning memerintah dengan dibantu oleh Lembaga Adat.

    Hak Undang Naning

    Bahawa apabila Lombago Nan Bosokat iaitu Tiang Balai, Isi Balai didapati kesalahan dibawah fasal 56 (Tambo Alam Naning) maka Posako itu terserah kepada Undang Naning memberitahu suku yang berkenaan seluruh Wilayah Adat Perpatih Naning supaya menghantar calon kepada Balai Undang Naning untuk dipertimbangankan dilantik sepanjang adat nan di adatkan oleh Undang Naning .

    (Tambo Alam Naning ms. 114 (56A)

    Salah Buat Pusako Luruh

    Kata adat ini tidak diadatkan (mesti tidak boleh) meluruhkan (pecat) pusako Undang Naning. Kata adat ini khas kepada Lombago Nan Bosokat seperti :-

    1. Lombago Undang Naning, Tiang Balai, Isi Balai .
    2. Dato’ Setia Bakti – Penghulu Adat Mukim .
    3. Lombago yang berpangkat Tuo dan Lombago yang berpangkat Buapak.
    4. Lombago yang lain seperti Imam, Khatib, Bilal, dan juga Lombago Syarak, juga Posako Melayang yang lain.(Tambo Alam Naning ms.75(29-xv(s) 

    Maksudnya ialah apabila seorang Dato’ Lombago Nan Bosokat itu telah didapati melakukan satu kesalahan yang mencemarkan kebersihan posako yang dijunjung itu seperti menghukum luar dari kuasanya atau telah didapati melakukan kesalahan bersalah salahan dan yang lain-lainya maka posako yang dijunjung itu luruhlah iaitu terserahlah pada yang hak . Jika posako suku maka terpulang pada sukunya akan melantik yang lain pula. (Tambo Alam Naning ms114.(56)(III)ms.136(79)

    Waris Tertua, Pembesar Waris, Tiang Balai & Isi Balai

    1. Dato Paduka Seri Diraja Abu Hassan Bin Hj Mansor
      • Dato’ Paduka Seri Diraja Waris Tertua Kerabat Dato Naning Melaka
    2. Dato’ Paduka Seri Setia Mat Yasin Bin Mansor
      • Dato Seri Lela Maharaja – Pembesar Waris Perut 1
    3. Dato’ Paduka Seri Setia Yaakob Bin Jalil
      • Dato Seri Menteri Penghulu – Pembesar Waris Perut 2
    4. Dato’ Paduka Seri Setia Kamaruddin Bin Manap
      • Dato Seri Maharaja – Pembesar Waris Perut 3
    5. Dato’ Paduka Seri Setia Hashim Bin Manap
      • Dato Seri Shahbandar – Pembesar Waris Perut 3
    6. Dato’ Paduka Seri Mohd Rosly Bin Mohd Yusof
      • Dato Seri Angkai Besar – Tiang Balai Suku Anak Melaka
    7. Kekosongan
      • Dato Seri Nan Kaya/ Tiang Balai Suku Semelenggang Naning
    8. Dato’ Paduka Seri Suhaini bin Sabar
      • Dato Seri Mangun – Tiang Balai Suku Tiga Batu
    9. Dato’ Paduka Seri Idris Bin Dato’ Paduka Ibrahim
      • Dato Seri Angkai Kecil – Tiang Balai Suku Mungka
    10. Dato’ PPaduka Seri Suhaimi bin Mohamad
      • Dato Seri Gompo – Isi Balai Suku Tiga Nenek
    11. Dato’ Paduka Seri Adnan Bin Asran
      • Dato Seri Maulana Garang – Isi Balai Suku Air Hangat
    12. Dato’ Paduka Seri Muhammad Harith Bin Razali
      • Dato’ Seri Mempelas – Isi Balai Suku Bunga Tanjung

    Senarai Lembaga Nan Bersekat

    1. Dato’ Seri Mohamad Razali Bin Abdullah
      • Dato Seri Paduka Tuan – Ketua Protokol
    2. Dato’ Seri Dol Salim Bin Lari
      • Dato Seri Maulana Hakim/ Maulana Hakim
    3. Kekosongan
      • Dato Seri Pawang Di Raja/ Pawang Di Raja