Dato
Undang Naning

Undang-Undang Tubuh Melaka. Bahagian IV : Adat Perpateh Naning

Yang Dipertua Negeri hendaklah melantik seorang untuk menyandang jawatan Dato Penghulu Naning mengikut Adat Perpateh Naning dan orang yang dilantik sedemikian hendaklah menyandang jawatan itu mengikut Adat Perpateh yang dianuti oleh orang-orang dalam Kawasan-kawasan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua dan disebutkan bagi maksud-maksud Perkara ini sebagai Wilayah Adat Perpateh Naning

KEBAWAH KAUS YANG AMAT MULIA ORANG KAYA SERI RAJA MERAH DATO MOHD NAZROL MAHAMAD SUPAR, DATO UNDANG NANING KE-22

YAM Dato Mohd Nazrol Mahamad Supar, Dato Undang Naning 22 dilahirkan pada 18 Mei 1977 di Taboh Naning Melaka merupakan Waris Pusaka Orang Kaya Seri Raja Merah Dato Undang Naning ke 22 daripada perut ke-3 berkelulusan bidang pemasaran dan berpengalaman selama 18 tahun dalam bidang pemasaran, pengurusan import eksport dan pentadbiran operasi pelabuhan.

Dengan sesungguhnya Lembaga Adat Naning Melaka, Tiang Balai, Isi Balai bersama Ibu Soko dan Pembesar Waris telah bersidang pada 5 Ogos 2020, dan setelah bermusyawarah, berbincang dan mentelaah segala peruntukan yang ada, adalah dimaklumkan, distiharkan dan dimasyhurkan suatu istiadat pemasyhuran Dato Undang Naning ke-22 yang telah dipilih secara rasmi mengikut Adat Nan Di adatkan, Adat Istiadat, Adat Nan Teradat dan Adat Nan Resam, pelantikan bagi memegang pusaka Undang Naning adalah dibuat mengikut tatasusila keturunan yang begajah tungga.

YAM Dato Mohd Nazrol Mahamad Supar, Dato Undang Naning 22 telah dipilih melalui proses yang teliti dan mengikut tertib baik dari segi pemilihan serta proses adat istiadat mengikut Tambo Alam Naning. Terdapat Istiadat utama iaitu Istiadat Percanangan(Pemakluman), Istiadat Pemasyhuran dan Istiadat Berkerjan.

1. Istiadat Percanangan(Pemakluman) dilakukan semasa mesyuarat/musyawarah pada Rabu 15 Zulhijjah 1441H bersamaan 05 Ogos 2020M.
2. Istiadat Pemasyhuran dilakukan di telapak Pembesar Waris Tertua pada SABTU, 27 Saaban 1442H bersamaan 10 April 2021M.
3. Istiadat Berkerjan dilaksanakan di Telapak Naning pada 15 Rejab 1443H bersamaan 18 Mac 2022M.

SENARAI KEBAWAH KAUS YANG AMAT MULIA ORANG KAYA SERI RAJA MERAH
DATO UNDANG NANING

Bil. Undang Pemerintahan
1. Dato Perpatih Nan Sebatang/Sutan Balun 1345-1395
2. Bendahara Kuning Gajah Godang Patah Gading 1395-1419
3. Dato Batin Maha Galang 1419-1443
4. Dato Tua Raja Alam 1443-1467
5. Dato Raja Alam Merah 1467-1491
6. Dato Sayyed Serban Kuning 1491-1515
7. Dato Lebai Seklan 1515-1539
8. Dato Undang Naning 8 1539-1563
9. Dato Undang Naning 9 1563-1587
10. Dato Undang Naning 10 1587-1615
11. Dato Undang Naning 11 1615-1640
12.

Dato’ Megat Alam Melintang (Dato Naning -12) Dato Seraja Merah

*Penghulu Naning Pertama mengikut Versi Belanda
1641-1671
13. Dato’ Megat Junjungan Limau / Dato Seraja Merah II 1671-1701
14. Dato Juara Megat Juana Lenggang 1701-0705
15. Dato’ Kokah Bernama Zohri 1705 -1765
16. Dato’ Gahang Berbulu 1765-1775
17. Dato’ Selamat Idris 1775-1780
18. Dato’ Timbo 1780-1786
19. Dato’ Anjak 1786-1799
20. Dato’ Abdul Said bin Omar @ Dol Said 1799-1849
21. Dato’ Idas 1849-1870
22 Dato’ Mohd Salleh @ Aghap bin Rahim 1870-1900
23 Dato’ Ranting 1900-1901
24 Dato’ Hassan 1901-1916
25 Dato’ Omar Bin Hassan 1918-1923
26 Dato’ Arshad 1923-1931
27 Dato’ Osman bin Kering 1932-1940
28 Dato’ Cek Lah bin Mohd Sab 1942-1949
29 Dato’ Mohd Shah bin Mohd Said Al-Haj 1951-2004
30 Dato’ Abdul Latif bin Hj. Hashim 2004 -2012
31 Dato’ Mohd Salleh Bin Md. Som 2012 – 2013
32 Dato’ Dr. Nordin Bin Abd Jalil 2013 – 2020
33 Dato’ Mohd Nazrol Bin Mahamad Sapar 2020 – Kini